EKONOMI & KEUSAHAWANAN

Latar belakang ekonomi Kg. Kituntul Lama

Sumber ekonomi penduduk Kg. Kituntul Lama terdiri daripada beberapa sumber. Sebahagian besar penduduk bekerja sama ada di sector awam atau swasta sebagai sumber pendapatan utama, manakala hanya sebilangan kecil penduduk yang bekerja sendiri. Dalam jadual 5.1 menunjukkan secara spesifik sumber-sumber ekonomi penduduk Kg. Kituntul Lama.

Jadual 5.1: Pekerjaan penduduk Kg. Kituntul Lama

Bil.
Sektor
Peratus(%)
1.
Berkerja di sektor awam
26
2.
Bekerja di sektor swasta
48
3.
Berniaga
7
4.
Bertani
10
5.
Perkhidmatan am
9

Jumlah
100


Kawasan Kampung Kituntul Lama mempunyai bentuk muka bumi, saliran dan jenis tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian dan mempunyai kawasan tanah yang luas. Kawasan tanah pamah di tanami dengan padi sawah dan kawasan bukit pula ditanami dengan buah-buahan dan tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko. Manakala sebahagian besar kawasan bukit masih hutan dan belum diusahakan. Berikut adalah keluasan tanah di Kg. Kituntul Lama:

Jadual 5.2: Keluasan tanah Kg. Kituntul Lama
Bil.
Status tanah
Keluasan(ekar)
Peratus
1.
Tanah bergeran
557.00
24.30
2.
Tanah kerajaan belum bergeran yang sudah dipohon
540.00
23.51
3.
Tanah simpanan ternakan Kituntul Lama yang sudah diwartakan
1,197.50
52.19

Jumlah keluasan tanah
2,294.50
100.00




Gunatanah tanah bergeran di Kg. Kituntul Lama
Bil.
Status tanah
Kegunaan
Keluasan(ekar)
%
1.
Tanah bergeran
      i.        Sawah padi
     ii.        Buah-buahan
    iii.        Getah
   iv.        Kelapa sawit
    v.        Koko
   vi.        Perikanan
  vii.        Sayur-sayuran
40
33
48
20
12
5
5
7
6
9
3
2
1
1


Keluasan tanah yang sudah diusahakan
163

2.
Tanah bergeran
Belum diusahakan
394
71

Jumlah

557
100



Pembangunan tanah simpanan ternakan Kg. Kituntul Lama yang sudah diwartakan

Kampung Kituntul Lama mempunyai pendapatan daripada pembangunan tanah simpanan padang ragut Kg. Kituntul Lama yang diusahakan oleh sebuah jawatankuasa khas iaitu Ahli Jawatankuasa Padang  Ragut Kituntul Lama.



Gunatanah tanah simpanan padang ragut Kg. Kituntul Lama
Bil.
Kegunaan
Keluasan(hektar)
%
1.
Di majukan sebagai ladang kelapa sawit
444.1
92
2.
Tanah simpanan untuk penempatan
40.5
8

Jumlah
484.6
100


Pembangunan tanah simpanan ternakan Kg. Kituntul Lama:

Tanah simpanan ternakan Kg. Kituntul Lama pada mulanya telah diwartakan sebagai tempat untuk penternakan binatang ternak. Namun begitu, selaras dengan arus perkembangan semasa, maka pihak kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Ternakan telah mengambil inisiatif untuk mengoptimumkan pendapatan daripada kawasan tanah tersebut dengan mengusahakan penternakan lembu diintegrasikan dengan penanaman kelapa sawit.

Untuk merealisasikan cadangan pembangunan tersebut, pihak kepimpinan telah berusaha mencari rakan kongsi yang mampu mengeluarkan modal untuk mengusahakan kawasan tersebut sejak 8 tahun yang lalu. Akhirnya pada tahun 2014, pihak kepimpinan telah berjaya menandatangani perjanjian usahasama dengan Syarikat Dwidunia Jaya Sdn. Bhd.
Melalui usahasama ini, pihak Syarikat Dwidunia Jaya Sdn. Bhd bersetuju melabur untuk kos permulaan dan kos penyelenggaraan sehingga mengeluarkan hasil. Nisbah keuntungan(setelah ditolak kos operasi bulanan) daripada usahasama ini adalah seperti berikut:

          Jadual 5.5: Peratusan pemegang syer
Pemegang syer
Syer(%)
Pemegang Amanah Padang Ragut Kg. Kituntul Lama (Pemilik tanah)
30.0
Syarikat Dwidunia Sdn. Bhd (Pelabur)
70.0
Jumlah
100.00


Daripada usahasama ini, selepas 5 tahun dari penanaman kelapa sawit, setiap tahun Kg. Kituntul Lama dianggarkan menghasilkan pendapatan lebih kurang RM500 ribu dalam setahun dan dalam jangka masa 10 tahun akan dapat menghasilkan pendapatan lebih kurang RM5 juta. Dengan pendapatan sedemikian rancangan pembangunan kampung ini akan dapat dapat dicapai dari segi infrastruktur, social dan ekonomi.


Antara Usahawan di Kg. Kituntul Lama













Rancangan masa depan pembangunan ekonomi Kg. Kituntul Lama

Bil.
Rancangan masa depan
1.
Menjadikan Kg. Kituntul Lama sebagai destinasi pelancongan yang berkonsepkan Agro-Tourism.
2.
Membuka perniagaan homestay melibatkan semua penduduk Kg. Kituntul Lama.
3.
Mengusahakan penternakan Tuntul secara komersial.
4.
Mengusahakan kraftangan berasaskan Tuntul
5.
Mengusahakan spa ikan di tagal Sg. Mansahaban.


Tiada ulasan: