PENDIDIKAN LATIHAN

Falsafah pendidikan

Meningkatkan tahap pendidikan setiap golongan masyarakat di Kg. Kituntul Lama sama ada secara formal ataupun non formal dengan amalan pendidikan sepanjang hayat.


Visi
  •  Membina dan melahirkan pelajar cemerlang dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah.
  • Melahirkan lebih ramai graduan dari kampung ini dengan harapan supaya suatu hari nanti mereka akan menyumbang untuk memajukan kampung ini.
  • Melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin belia dan beliawanis yang berwibawa untuk menjadi  pemimpin masa depan.


Misi

Melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan pendidikan penduduk kampung.



Kemudahan pendidikan

Kg. Kituntul Lama tidak mempunyai bangunan sekolah rendah dan menengah tetapi mempunyai dua buah sekolah rendah yang berdekatan iaitu:

  • Sekolah Kebangsaan Marakau. Jarak dari Kg. Kituntul Lama sejauh 1.5 km.
  • Sekolah kebangsaan Kinapulidan. Jarak dari Kg. Kituntul Lama sejauh 3 km.


Manakala terdapat dua buah sekolah menengah berhampiran iaitu:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Paduka Mat Salleh. Jarak dari Kg. Kituntul Lama sejauh 6 km.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau. Jarak dari Kg. Kituntul Lama sejauh 6.5 km.


Sekolah Tadika Kemas tahap pra sekolah Kituntul Lama

Kg. Kituntul Lama mempunyai sebuah sekolah Tadika Kemas tahap Pra Sekolah yang di tempatkan di Mini Dewan Kituntul Lama. Pihak JKKK sedang berusaha untuk membaiki bangunan Balai Raya lama untuk memindahkan kelas tadika ini memandangkan mereka tidak ada keselesaan dan kebebasan untuk mengadakan sebarang aktiviti sebab Mini Dewan seringkali diguna pakai untuk aktiviti JKKK dan aktiviti kerajaan.




Ahli Jawatan Kuasa Tadika Kemas bagi tahun 2014


Pengerusi:
Fredoline Gabriel Sinit & Hiroshi
Tim. Pengerusi:
Hartini Dunggi
Setiausaha:
Hasiam Saliun
Bendahari:
Guru Tadika
AJK Kecil:
                     i.        Hadizah Misuari (Pembantu Guru Tadika)
                     ii.        Taitah Samiun
                     iii.        Rosinah Kumil
                     iv.        Aini Sabin
                     v.        Martina Kabin


SENARAI KURSUS YANG PERNAH DI SERTAI OLEH PENDUDUK 
KG. KITUNTUL LAMA

Bil.
Nama kursus
Penganjur
Bilangan peserta
1.
Kursus asas pembangunan ekonomi rumahtangga
Jabatan Pertanian
3
2.
Kursus pembangunan keluarga tani
Jabatan Pertanian
2
3.
Kursus asas rotan saga
Pejabat Daerah
5
4.
Kursus penyediaan makanan (kuih tradisional)
Puspanita
2
5.
Kursus pemprosesan makanan dan bun
Jabatan Pertanian
6
6.
Kursus cup cake dan cheese cake
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
1
7.
Kursus buluh, rotan dan periuk kera
1 Azam
2
8.
Kursus penanaman cendawan tiram
Persatuan peladang
2
9.
Kursus penternakan air tawar
Jabatan Perikanan
3
10.
Kursus pengendalian makanan tradisional berasaskan ikan air tawar
Jabatan Perikanan
2
11.
Kursus pembuatan bakul berasaskan rotan
Yayasan Sabah
2
12.
Kursus kecantikan dan ketrampilan diri
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
3
13.
Kursus solekan pengantin
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
3
14.
Kursus jahitan dan solekan
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
3
15.
Kursus jahitan
Giatmara
2
16.
Kursus kraf manik
Jabatan Pembangunan Wanita
2
17.
Kursus asas pengurusan perniagaan
MARA
2
18.
Kursus keusahawanan
Kementerian Belia dan Sukan Sabah
2
19.
Kursus penanaman koko
Lembaga KOKO
3
20.
Kursus pentadbiran Pusat Yayasan Usaha Maju
Yayasan Sabah
1





Pelan rancangan pendidikan dan latihan 


Program 1

Program motivasi untuk murid-murid yang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM selama 1 hari.

Objektif
  • Memotivasikan pelajar-pelajar agar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
  • Meningkatkan tahap kesedaran pelajar kepentingan pencapaian akademik untuk mengubah taraf kehidupan mereka pada masa depan.
Matlamat
  • Meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
  • Meningkatkan jumlah pelajar yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti

Program 2

Kursus keusahawanan ICT untuk golongan dewasa.

Objektif
  • Mendedahkan kepada peserta peluang perniagaan online yang terbuka luas tanpa sempadan.
  • Memberikan motivasi kepada peserta untuk melibatkan diri dalam keusahawanan online.

Matlamat

Lebih ramai penduduk kampung yang melibatkan diri dalam keusahawanan online khususnya di kalangan kaum wanita yang tidak ada sebarang pekerjaan tetap.




Memperoleh pendidikan rasmi adalah aspek terpenting dalam melahirkan sumber manusia yang berketerampilan dan berkebolehan serta diimbangi dengan kekuatan rohani dan budaya. Ia bersesuaian dengan akta pendidikan 550 yang mewajibkan semua kanak- kanak berumur 6 tahun ke atas mengikuti pendidikan wajib.  























mm

Tiada ulasan: