PATRIOTISME & KEMERDEKAAN

Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris  Negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. JKKK menjadi antara agensi  utama kerajaan mendidik dan membina masyarakat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.   


AKTIVITI PATRIOTIK

Mercu tanda 





Logo rasmi Kg. Kituntul Lama

Logo dicipta oleh: Fetty Tajin

Biru bermakna perpaduan dan permuafakatan
Merah merupakan tanda semangat berusaha bersungguh-sungguh
"Tuntul" ataupun siput di tengah-tengah adalah simbol Kg. Kituntul Lama
Kuning merupakan kejayaan yang akan dicapai.


Lagu rasmi Kg. Kituntul Lama

Tajuk lagu: Warga Kg. Kituntul Lama

Warga Kampung Kituntul Lama
Saling percaya, hormat, menghargai
Perpaduan dan muafakat tunjang kerukunan
Mendukung warisan adab, resam dan budaya


            Prinsip Rukun Negara pedoman kita
            Jalur Gemilang tanda kita merdeka
            Cerdik teknologi makmur ekonomi
            Warga cemerlang, gemilang dan terbilang



Pencipta lagu dan lirik: Pn. Fetty Tajin
Komposer: Alfaromeo Fredoline





Membina dan memasang sepanduk





PEMULIHARAAN WARISAN









Mengekalkan adat istiadat turun menurun

“Patod” merupakan rumpunan amboo yang dipercayai oleh nenek moyang penduduk Kg. Kituntul Lama mempunyai kuasa untuk menjaga dan melindungi kampung daripada kuasa jahat dan malapetaka. Patod ini dipercayai telah wujud sejak lebih 100(satu ratus) tahun yang lalu dan merupakan legenda bagi Kg. Kituntul Lama.



Kepercayaan ini diamalkan semasa sebelum kewujudan agama di kampung ini. Setiap tahun para orang tua yang terpilih yang di sebut “Bobolian” akan mengamalkan ritual dan mempersembahkan korban ayam putih sebanyak 7 ekor dan beberapa jenis sayur-sayuran hutan yang dipercayai disukai oleh penunggu Patod ini. Menurut kepercayaan mereka, penunggu Patod tersebut akan menjalankan tugas mereka untuk melindungi kampung daripada kuasa jahat dan malapetakan apabila mereka mempunyai hubungan yang baik dengan penunggu Patod tersebut.


Namun begitu, setelah agama Kristian dan Islam wujud di kampung ini maka pengamalan ritual dan persembahan tidak di amalkan lagi. Bagaimanapun, penduduk Kg. Kituntul Lama masih mengekalkan kewujudan Patod ini sehingga hari ini sebagai warisan dan legenda bagi Kg. Kituntul Lama.

Sehingga hari ini, penduduk kampung masih tidak berani memotong amboo tersebut kerana menurut kepercayaan, orang yang memotong bamboo tersebut akan mengalami sakit kerana menggangu penunggu Patod tersebut.


Mengekalkan budaya rumah tradisi

Walaupun pembinaan rekabentuk rumah moden telah menjadi kebiasaan dan amalan masyarakat di Kg. Kituntul Lama, namun kami masih tidak melupakan seni reka bentuk perumahan tradisi.



Di Kg. Kituntul Lama, kami telah membina empat buah pondok rumah rehat untuk penduduk kampung di setiap blok. Selain daripada tempat untuk berkumpul dan berehat, pembinaan ini adalah untuk mengekalkan warisan seni rekabentuk perumahan tradisi turun temurun dari nenek moyang kami.





Perayaan Pesta Kaamatan

Perayaan Pesta Kaamatan di adakan setiap tahun pada persekitaran bulan Mei. Pesta Kaamatan ataupun dalam bahasa Dusunnya, “Tadau do Kaamatan” membawa maksud aktiviti menuai padi pada tahun tersebut telah selesai. Tujuan sebenar pesta ini adalah meraikan keberhasilan penanaman padi dan akhirnya Berjaya dituai.



Pesta Kaamatan merupakan acara kemuncak kampung ini setiap tahun. Pelbagai acara diadakan untuk menyambut pesta ini seperti acara sukaneka tradisi, acara sukan, acara pertandingan “Sugandoi” ataupun nyanyian tradisi, acara ratu fesyen pakaian tradisi, penyampaian anugerah pelajar cemerlang, acara penyampaian hadiah pertandingan keceriaan kampung, acara persembahan tarian tradisi dan sebagainya acara yang berkaitan dengan kebudayaan kaum Dusun.




Sumbangan anak kampung


K. K Sinit Bin Gimbaran

KK Sinit Bin Gimbaran telah mula bertugas sebagai Ketua Kampung di Kituntul pada tahun 1957 dibawah kerajaan North Borneo Company sehingga tahun 2006 di bawah kerajaan Barisan Nasional. Beliau telah telah bertugas selama 49 tahun.

Selama bertugas, beliau telah menyumbang banyak jasa kepada kampong ini, diantaranya:

  • Beliau telah memberikan nama Kituntul kepada Kituntul Lama bagi mengelakkan kekeliruan kepemimpinan diantara Kituntul Lama dan Kituntul Baru.
  • Beliau telah merancang dan menyusun kedudukan perkampungan Kituntul Lama sehingga kampong ini telah di wartakan dengan geran dan lot kampong yang sah berserta dengan kemudahan awam seperti balai raya, gereja dan tapak permainan.
  • Beliau telah berusaha dan berjuang untuk mendapatkan tanah rizab untuk ternakan seluas 1,200 ekar dan Berjaya mendapat pewartaan daripada kerajaan negeri. Pada hari ini, tanah rizab ini merupakan sumber ekonomi utama kampong ini.
  • Beliau pernah di hantar ke Sarawak menjadi wakil Jabatan Pertanian negeri Sabah pada tahun 1960 hingga 1963 untuk mengajar orang-orang di Sarawak cara-cara penanaman padi sawah.







K. K Yakin Bin Sinit @ Alfred
Ahli Darjat Kinabalu(ADK)

KK Yakin Sinit telah memulakan tugas sebagai Ketua Kampung bermula pada tahun 2006 hingga sekarang. Sebelum menjawat jawatan ini, beliau merupakan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai Pendaftar Tanah di Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu sehingga bersara. Di atas jasa beliau kepada masyarakat di Negeri Sabah, beliau telah di anugerahkan darjah kebesaran Ahli Darjat Kinabalu(ADK) daripada Yang Dipertua Negeri

Semasa  bertugas di Jabatan Tanah dan Ukur, beliau banyak membantu KK Sinit Gimbaran untuk menguruskan hal-hal yang bersangkutan dengan tanah Kg. Kituntul Lama. Beliau merupakan tulang belakang kepada KK Sinit Gimbaran untuk menguruskan tanah rizab ternakan Kg. Kituntul Lama sehingga di wartakan. Sehingga hari ini, beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Kampung Kituntul Lama dan sentiasa memgang adat istiadat kampong sebagai dasar pentadbiran kampong ini.






Fredoline Gabriel Sinit @ Hiroshi

Beliau telah mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi JKKK Kg. Kituntul Lama pada tahun 2006 sehingga hari ini. Berkelulusan Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Komunikasi Multimedia (OUM), dan bekerja sebagai peniaga, beliau telah menyumbang perubahan yang besar kepada Kg. Kituntul Lama dari segi pembangunan dan perpaduan masyarakat.

Kg. Kituntul Lama, daripada sebuah kampong yang ketinggalan dari segi infrastruktur dan kekurangan perpaduan di antara masyarakat kampong maka beliau telah menyumbang tenaga, idea dan masa beliau untuk membangun Kg. Kituntul Lama. Di antara jasa-jasa beliau kepada Kg. Kituntul Lama ialah:

  • Membangun kemudahan infrastruktur kampong ini terutamanya pembinaan jalan konkrit mengelilingi kampong, jalan konkrit ke tanah perkuburan dan pembinaan jambatan besi menyeberangi Sg. Mansahaban.
  • Memulihkan semangat perpaduan dikalangan penduduk kampong. Ini dibuktikan dengan kejayaan menganjurkan pertandingan keceriaan antara blok setiap tahun sejak dari tahun 2009 sehingga hari ini.
  • Memohon kemudahan sekolah Tabika Kemas di Kg. Kituntul Lama dan menjadi sekolah dasar bagi anak-anak kampong sehingga hari ini.
  • Memulakan projek memajukan Tanah Rizab Ternakan Kituntul Lama sebagai ladang kelapa sawit yang akan menyumbang peningkatan ekonomi kampong ini.
  • Memulakan program pemuliharaan Sg. Mansahaban sebagai Tagal.
  • Mendapatkan pelbagai kemudahan awam daripada kerajaan.



SAMBUTAN KEMERDEKAAN


Persiapan sambutan kemerdekaan






Acara sambutan kemerdekaan












Tiada ulasan: