Kebersihan,
kesihatan dan keceriaan adalah tiga perkara yang saling berkait dalam kehidupan
sehari-hari. Warga Kg. Kituntul Lama telah berusaha dalam pelbagai bidang untuk
mencapai tahap kebersihan yang maksimum.
PROGRAM KEBERSIHAN
Gotong royong membersihkan Mini Dewan tanpa
mengira usia dan jantina.
Gotong royong membersihkan padang permainan.
Aktiviti
bergotong royong membersihkan tanah perkuburan diadakan setiap 3 kali setahun
iaitu pada bulan setiap bulan Mac, Jun dan Oktober.
PROGRAM
KESIHATAN
Aktiviti program kesihatan di Kg. Kituntul
Lama seringkali di adakan dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Ranau. Di
antara aktiviti yang telah di adakan di Kg. Kituntul Lama ialah:
Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan ini
diadakan khususnya untuk memeriksa wanita seperti ujian ‘pap smear’ dan ujian pangkal
Rahim. Pada masa yang sama, diadakan juga ceramah kesihatan pemakanan.
Pencelupan kelambu
Pencelupan kelambu untuk
mencegah gigitan nyamuk secara purata diadakan sekali dalam setahun.
Fogging
Aktiviti fogging untuk
menghapuskan nyamuk di seluruh kampung diadakan sekali dalam setahun menurut
keperluan semasa.
Lawatan Jururawat Desa dari
rumah ke rumah ibu mengandung
Aktiviti Jabatan Kesihatan
menghantar Jururawat Desa untuk melawat ibu-ibu yang baru melahirkan anak
berjalan sepanjang menurut keperluan ibu-ibu di kampung ini.
PROGRAM
KECERIAAN
JKKK Kg. Kituntul Lama telah mula
menganjurkan pertandingan keceriaan kampung sejak dari tahun 2009. Pertandingan
ini telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti wajib sempena perayaan Pesta
Kaamatan setiap tahun sehingga tahun ini. Bermula pada tahun 2010. pihak JKKK
telah menyediakan sebuah piala pusingan untuk pemenang setiap tahun. Setiap
pusingan adalah selama 4 tahun. Pada tahun 2013, pusingan pertama telah selesai
dan pada tahun 2014, pusingan kedua kembali bermula untuk tempoh 4 tahun ke
depan.
Aktiviti
keceriaan blok
Taman Patod
Taman Beriud
Taman Bundu
Taman Toud
PROGRAM PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR
Program Tagal
Memelihara dan
menjaga pokok-pokok tertua
Di Kg. Kituntul Lama terdapat lebih kurang 12
pokok “Marang Parang” yang telah mencapai umur lebih 200 tahun. Nama lain pokok
ini ialah Pokok Gapis, dalam bahasa
Inggeris, Yellou Saraca iaitu spesies tumbuhan dalam famili FABACEAE. Nama
botaninya "SARACA Thaipingensis" yang kebiasaan tumbuh di tepi sungai
seperti Sungai Mansahaban Kituntul Lama. Pokok ini tumbuh ditepi Sg. Mansahaban
sejak dari awal kewujudan sungai tersebut. Sehingga hari ini kami telah
mewartakan pokok-pokok ini tidak boleh di tumbang.
Pengurusan
sampah
Pelupusan
sampah
Daun-daun kering dan
ranting-ranting kayu dikumpul dan dibakar.
ii.
Penduduk kampung
mengamalkan pelupusan sampah secara kitar semula dimana besi buruk, botol
plastik/kaca dan kertas dikumpulkan
untuk dijual kepada syarikat kitar semula. Setiap minggu lori pemungut besi
buruk dating ke Kg. Kituntul Lama untuk memungut dan membeli sampah sarap ini.
Sampah sarap yang tidak
dapat di bakar ataupun di kitar semula, akan dibuang ke tempat pembuangan
sampah Majlis Daerah Ranau. JKKK Kituntul Lama telah melantik Encik Joseph
Molinggun untuk memungut sampah-sarap yang telah dikumpulkan didalam plastik
sampah setiap 2 kali seminggu. Penduduk kampung telah bersetuju untuk
memberikan bayaran RM2 setiap plastik sampah sarap yang dipungut.































Tiada ulasan:
Catat Ulasan