Perkembangan teknologi maklumat di Kg. Kituntul Lama
masih berada di tahap sedang membangun.
Bagi anak-anak yang sedang bersekolah
di peringkat menengah, mereka kebanyakkannya sudah didedahkan dengan penggunaan
teknologi maklumat untuk kegunaan mereka di sekolah. Manakala bagi penduduk
kampung yang dewasa, pendedahan di kalangan mereka masih kurang kerana golongan
ini baru sahaja mulai mengenali teknologi maklumat ini sejak dari awal 90an.
Manakala perkembangan sistem komunikasi terutamanya
penggunaan telefon bimbit telah mencapai tahap 99% kerana purata keluarga di
kampung ini memiliki telefon bimbit.
OBJEKTIF
- Melahirkan sebuah masyarakat yang celik IT.
- Mendedahkan penduduk kampong dengan teknologi IT yang dapat membantu memudahkan pekerjaan sehari-hari.
- Mendidik penduduk kampong supaya dapat menggunakan ICT segabai alat bantuan yang penting untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
MATLAMAT
Pengetahuan dan pendedahan ICT di kalangan
penduduk Kg. Kituntul Lama dapat meningkatkan tahap penggunaan ICT untuk
kegunaan dalam kehidupan sehari-hari untuk mencari maklumat tentang pelbagai
perkara.
Contohnya, peluang perniagaan, peluang pekerjaan, informasi bina diri
dan sebagainya. Kemahiran ICT dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk
kampong.
LAMAN WEB
Kemahiran ICT
Jaringan internet menjadi saluran
untuk mencari pekerjaan










Tiada ulasan:
Catat Ulasan